Perwarisan Perniagaan adalah satu perancangan pengurusan saham syarikat mengenai siapa yang akan mengambil alih perniagaan anda setelah bersara, kematian atau tidak berkemampuan meneruskan perniagaan.
Ramai usahawan yang berniaga khususnya tidak ambil berat kepentingan merancang perwarisan perniagaan ini.
Survey saya di kalangan usahawan dan saya bertanya Apa itu Perwarisan Perniagaan, mereka tidak dapat tangkap.
Seolah-olah perkataan baru di minda mereka. Saya tanya lagi, Apa itu Perwarisan Perniagaan?
Dah buat perancangan ke belum siapa yang akan meneruskan perniagaan bila tuan puan dah takde?
Untung siapa punye dan hutang saya yang punya?
Bagi mereka, biarlah benda ini di uruskan oleh Faraid atau mahkamah.
Mengapa nak memusnahkan apa yang anda usahakan selama beberapa tahun.
Serahkan pula kepada Faraid untuk di bahagikan. 100% saya yakin, perniagaan anda akan hancur di sebabkan perebutan saham syarikat dan aset-aset yang ada.
Usahawan perlu ketahui ada dua jenis perundangan yang terlibat ketika menguruskan harta pusaka iaitu civil dan syariah.
Anda perlu pelajari skop Mahkamah Tinggi dan Pusaka kecil dan bagaimana memudahkan waris menguruskan aset jika termasuk dalam kategori pusaka besar.
Walaupun kita ada buat perancangan wasiat atau hibah, kita juga perlukan sediakan sumber kewangan yang cukup bagi memudahkan waris meneruskan perniagaan seperti biasa! Perlu di ingat waris/rakan kongsi perlu berhadapan dengan
Overhead Syarikat,Hutang Syarikat,Syarikat Terjejas,Account Client, Hutang Supplier, Employment Contract, Lesen Perniagaan, Lesen Operasi, Kontrak, Brand Syarikat,Senarai Pelanggan,Pekerja Lari dan banyak lagi